Wednesday, December 24, 2008

halal ke tidak ni?

lama gila aku tak update blog

biasa le kemalasan melanda

cuma pagi tadi masa tengah sedap makan aiskrim depan pc, aku try check brand aiskrim yang

aku makan kat direktori halal jakim

klik disini->> Halal Direktori Jakim


satu kemuskilan muncul brand aiskrim ni sijil dah tamat tempoh

tapi kat pembalut aiskrim tu terpampang tanda halal jakim

habis tu aiskrim yg aku makan ni stok bila?

sebelum ni aku kurang 'aware' skit

asal ada tanda halal je aku telan

so lepas ni aku akan lebih rajin check

untuk elak perkara syubhah

“MENCARI YANG HALAL ITU FARDHU BAGI UMAT ISLAM”

"Sesungguhnya Allah mengasihi mereka yang banyak bertaubat dan mengasihi mereka yang mensucikan diri”(Surah Al-Baqarah,ayat 222)

Tuesday, November 25, 2008

tepuk dada tanya iman

aku cukup kagum saudara baru yg betul-betul mendalami islam

sebab most of them memang hebat imannya

lebih hebat dari kita yg dilahirkan islam

salah seorangnya ialah tokoh kaligrafi islam, Prof Fuad Kouichi Honda (orang jepun ni tau!)

ni antara hasil karya beliau













hebat kan?

teringat aku kat lagu raihan - iman mutiara

"Iman tak dapat diwarisi
Dari seorang ayah yang bertaqwa
Ia tak dapat dijual-beli
Ia tiada di tepian pantai"

renung-renungkan dan selamat beramal!

Thursday, November 20, 2008

lagu best...jom dengar!

Lagu dari Sami Yusuf - title Al Muallim

Tuesday, November 4, 2008

Musim Sejuk di Malaysia

Hari ini aku teringat kembali perbualan dengan seorang pak arab yang baru dok 3 bulan kat Malaysia.1 hari dalam bas masa perjalanan pulang kerja kebetulan pak arab ini duduk sebelah aku.Dalam aku menggigil dalam basah kuyup, pak arab ni menyapa aku.
(perbualan aku dan pak arab dalam edisi alih bahasa melayu)

pak arab:tiap-tiap hari hujan ye?

aku:ya tiap-tiap hari.

pak arab:kat malaysia memang selalu macam ni ke?

aku:lebih kurang la tapi sebab sekarang musim hujan.

pak arab:oo musim.Musim hujan kat sini macam musim sejuk juga ke? Dah 3 bln saya kat Malaysia, boleh dikatakan tiap-hari hari hujan.

aku:haha...ye tapi salji kat Malaysia cair.

Monday, October 27, 2008

shopping babeh!

Hari sabtu lepas aku pergi ke metrojaya warehouse sale kat stadium melawati shah alam. kalau diikutkan aku mmg tak familiar sgt dgn area shah alam ni tapi disebabkan perasaan meluap-luap nak merasa kemeriahan sale, aku redah je pegi sorang2. sampai je sana, aku lupa diri, lupa hal2 lain, tumpuan aku sepenuhnya hanya pada sale. memang rambang mata bila tgk barang branded dgn harga yang murah.










*murah tau, bukannya selalu




















*peta nak gi sana














Selesai pilih barang aku ke kaunter bayaran, aku beli perfume(tulis kat box 2 deodorant, tapi aku panggil perfume sbb dia jenis spray, kalau deodorant aku biasa pakai jenis roll on je), window shopping je lebih.tetiba aku terfikir, camne nak blk ni.aku tau pegi je, sbb kat situ public transport mmg tak lalu.Masa nak pegi pun, kawan aku yg bagitau camne nak gi sana.nak call kawan aku nak suruh ambil, takut dia busy dgn awek dia.Manalah tau raya2 ni mesti byk open house nak kena gi.Dalam gelisah memikirkan camne nak balik, tetiba aku dapat call,'weh mana ko?' kedengaran suara dari corong handphone. 'Aku dalam stadium lagi', jawab aku. 'Lamanya shopping, aku dah kat luar ni', kata-kata dia buat aku happy.Yeah! yeah! aku boleh balik, thanks fren! jerit aku dalam hati.

Monday, October 20, 2008

jom kita nyanyi ramai-ramai!

tetiba je aku teringat kat scene dalam filem hellboy2

scene hellboy dan abraham 'duet' (diorang yang buat lagu barry manilow jadi 'famous' semula)

lagu lama ni tau, ENJOY!

Thursday, October 16, 2008

Beraya di Sushi King

Semalam aku ke Mid Valley

Pergi makan di open house Sushi King

Punyalah panjang Q

1 jam jugalah aku kena beratur

Tapi takpe tunggu lama pun berbaloi sebab murah

Syaratnya kena makan dalam tempoh yang ditetapkan (90 minit lama tu!)


Bila tiba giliran apa lagi aku selagi boleh (setiap ruang dalam perut aku manfaatkan sepenuhnya)

Naik kembung perut aku dengan sushi

Dengan perut yang kekenyangan aku tengok pinggan didepanku

Tinggi bak replika Menara KLCC

Tak sangka aku boleh makan sebanyak tu...HEBAT!

P/S : Hari last day (16/10) kalau korang teringin nak menelan sushi dalam kuantiti dalam yang banyak, sila-silakanlah ke Sushi King Mid Valley.(Sushi King patut bayar aku ni)

Wednesday, October 15, 2008

Sejarah Tercipta

Dah lama aku tak update blog aku

Dari sebelum raya lagi

Sekarang ni baru aku dapat curi-curi masa tulis blog

Almaklum le cuti raya lama

Rabu minggu lepas baru aku start kerja

Masuk-masuk office je kerja berlambak-lambak menunggu aku

Macam-macam sejarah sudah tercatit selama aku tak meng'update' blog ni

1.Pak Lah umum tak akan bertanding(orang paling singkat jadi PM Malaysia setakat ini).
Don't worry I Still Luv U Pak Lah.

2.SRK dapat Dato' (Response from Shah Rukh Khan: Where is Malacca and how did I become a grandfather (DATUK)??- sumber dari blog.thestar.com.my). Mula-mula aku dapat berita ni aku ingat diorang buat lawak senyum kambing je. Fakta!! ceh aku tertipu rupanya.

Teringat masa aku kecik-kecik dulu suka sangat tengok 'Hari Ini Dalam Sejarah' kat tv.

FAKTA TAU!!

Wednesday, September 24, 2008

raya tiba lagi

raya pun dah makin hampir aku rasa macam baru je aku wish "selamat berpuasa"

cepat masa berlalu
tapi yang bestnya raya aku dapat cuti panjang, hehe..plus

duit raya sekali yang bos aku kasi (tq
bos..ni yang buat aku sayang kat bos aku

ni)
yang paling best dapat buat terawih hampir setiap malam (kecuali beberapa

ari je aku skip)
tapi biasa makin hampir nak raya ni makin berat je rasa nak kerja

jasad je kat office tapi jiwa dah melayang jauh
argh aku dah mengantuk gila ni

selamat hari semua

maaf zahir batin



Wednesday, August 27, 2008

Jatuh cinta lagi, lagi-lagi ku jatuh cinta

Cintaku pada Perodua Kelisa ibarat cinta pertama, sukar untuk dilupakan

Kemudian aku jatuh hati pada Suzuki Swift, sampai sekarang 'swift' masih dihati

Baru-baru ni aku jatuh cinta lagi pada Bentley Minicooper, i luv you darling!

Friday, August 22, 2008

lupa ke buat-buat lupa?

Dr M kata Melayu mudah lupa...aku kata orang Malaysia memang pelupa pun

lupa daratan

lupa diri

masa badminton China lawan Malaysia hari tu aku tengok kat ppum je sebab mak aku masuk hospital

mula-mula start semua merangkumi pelbagai kaum di mukabumi malaysia
bersemangat berkumpul depan tv

bersemangat bagi sokongan

ada puji-pujian kedengaran

masuk minit ke 20 perlawanan

mula ada bunyi-bunyian kutukan

komen

kondem

pada minit2 terakhir kekalahan chong wei

semakin kuat suara-suara huduh itu

menghina

mengeji

mencaci

memang orang malaysia cepat sangat lupa

lupa matlamat asal diorang tengok game tu

sedang aku leka memerhati makhluk-makhluk yang tak sedar diri di sekeliling aku

aku dikejutkan dengan bunyi tepukan dari satu sudut tiang

aku lihat makhluk jadian itu tersenyum lebar

meraikan kekalahan chong wei

hina sungguh makhluk tu pada pandangan aku

sudahlah buruk lagi keji

sah dia memang makhluk jadian

mari semua kasi sula sama dia!


Thursday, August 7, 2008

Tahyul jangan percaya!

With sensual Taurus, the Bull, as your star sign, the Sun shone through an earth sign on your birthday. The Sun in astrology stands for your inner nature, the stamp of your true character. The second sign of the zodiac, Taurus is ruled by venus, the planet of love and desire. A fixed(strong and solid) sign, Taurus governs practicality and security. It is a feminine sign and very magnetic.Practical, reliable Taureans are great lovers of sensual pleasures, although you do tend to be rather stubborn, possessive and conservative. Firmly anchored in the material world, you have a fine grasp of what is needed in order to lead the good life. Of course, you are capable in emergencies, where you have an instinctive understanding of what to do, but under normal circumstances, no-one can force you into anything without due time for thought and consideration.
Tactile and Sensuous

Tactile and sensuous, you have a nose for personal comfort and physical pleasure. You are nevertheless quite pragmatic, with a good appreciation for the financial values as well as any aesthetic qualities. Taurus loves nature and natural things, but due to a fondness for comfort and ease, the Bull can be quite lazy. To preserve your health, you need to take some regular exercise and control that tendency to overindulge in rich foods and the other pleasures in life.Taureans are very strong-willed and often quite creative. The Moon is exalted in Taurus, giving success with matters to do with the public and, combined with the influence of Venus, a passionate nature endowed with a strong sense of loyalty and fidelity. You are kind and generous with friends, with whom you develop an unspoken rapport.

Love of Music

Taurus rules the throat, giving a powerful, often beautiful voice. The influence of Venus opens up a world of musical talent and appreciation, so Taureans are good singers and musicians, or at least, love music and can be a force on the business side of music.You also like to potter around the garden, and delight in other outdoor activities: picnics, hikes, trips to botanical gardens or the zoo. You tend to be rather subdued, but you have a fine sense of humour, and enjoy your social life.

Strong and Solid

Hunky Taurus is physically strong and solidly built. Many of you favour weight lifting or other body-building routines to keep in shape and you enjoy sports requiring strength and endurance. Health issues are often focused on problems to do with the throat and neck, or by polarity with the reproductive organs, the kidneys and so on. Taurus is naturally lazy and tends to overindulge, so a good approach to health and wellbeing would include a well-planned regime of disciplined exercise and diet.Taurus colours are brown, russet, and turquoise. The beautiful emerald, a rare variety of the mineral beryl and as costly as a diamond, is your birthstone. The emerald's rich green colour is quite appropriate too, since it is the colour of money, lush countryside and relaxation. Geometrically, the emerald takes the shape of a six-sided crystal and six is the number of love. Flowers for Taurus are the red rose, daisy, lily, and daffodil.


AMARAN : Percaya Jangan, Baca Boleh!



Monday, August 4, 2008

kuli atau pencacai

aku memang kuli

kerja dengan orang, kuli le namanya

kerja sebagai full time kuli ni memenatkan aku dan kadangkala tu

kebosanan melanda

minggu lepas aku disuruh bos buat kerja2 pencacai

tapi aku refuse

consequence dari peristiwa itu

aku dipanggil bos

berjam2 aku diberi ceramah

sememangnya aku tak sanggup nak pikul 2 jawatan dlm 1 masa

kerja kuli aku pun dah banyak

mana mampu nak buat part time pencacai

kepada sesiapa yang berminat dgn jawatan ini sila bagitau aku ye

post : part time pencacai

salary : ikut suka bos aku

sekian,

aku


Monday, July 28, 2008

Friday, July 25, 2008

yang mana satu pilihan kalbu



yang mana satu...

pilihan hati...

tetiba lagu Tan Sri P.Ramlee terngiang-ngiang di kepalaku (hehe betul ke lirik dia camtu)

semua ni terjadi selepas aku lihat wajah MB Terengganu di kaca televisyen

pilihan anda?

apa kata korang vote

aku buka talian sekarang

apa lagi

cepat-cepat

VOTE NOW!!

Thursday, July 24, 2008

aku tak ada kena mengena dgn ini kucin


Betul?

Tak tipu?

Kucin ni tak sama lansung dgn aku

Tak caya?

Tak caya sudah

Tuesday, July 22, 2008

Hari yang Menyedihkan

aku demam

kalau aku demam mesti teruk punya

sebab tu kalau tiba musim serangan selsema, batuk atau yang seangkatan dengannya aku jadi ngeri

kalau boleh aku elak dari mendekati mereka

tapi hari tu aku gagal dari menepis serangan bersin dari uncle yg duduk bersebelahan aku dalam tren

aku tewas akhirnya

rentetan dari peristiwa itu

hari ini aku demam

WARGH AKU NAK MC!!!

Tuesday, July 8, 2008

freelance ke? kui..kui..kui

hasil kerja ku...




hasil kerja ku jua...

Tuesday, May 27, 2008

SOALNYA APA?

Pada 1 hari sedang aku melepak di rumah member aku, tiba2 aku diajukan soklan.
'Sape yg mati', kawan aku mulakan pertanyaan.
'Bukannya sape tapi "apa" ', aku btl kan ayat dia.
'Erm apa yg mati...kalau apa tu merujuk pada benda kan? hehe...',kata kawan aku sambil buat2 muka selenga sambil tersengih.
'Hhmm ye', aku jawab malas.
'Apa yg mati', dia bersuara lagi.
Tak puas ati agak nya soklan dia tak berjawab.
'Hati aku', aku jwb ringkas.
'Tapi ko idup je', dia buat muka blur.
'Ko buat2 bengong ke @ ko mmg btl2 bengong beb',aku mempersoalkan kebengongan dia.
'heheh..abes 2', soal dia sambil tersengih.
'Metafora je lah...ko ni pun..dah le aku nk gi mandi' ,aku jawab sambil menuju trus ke bilik air.
'Weh jap lg le..ko x jwb pun soklan aku',teriak dia.
'Soklan pe?',aku tanya dia.
Soklan pe ye?',dia soal sambil garu kepala.

Thursday, May 1, 2008

Thursday, April 24, 2008

KUCING #@*!&

aku nak citer psl kucing aku....sori ex-kucing aku...aku dah buang dia sbb dia blk umah bila dah puas #@*!& dgn kucing betina kat luar(hampeh punya kucing)....bila dah borin baru le sibuk2 datang nak bermanja dgn aku..pe dia igt aku ni pilihan kedua kot...biasa le kucing jantan..tp aku tak puas ati..sbb slalu sgt dia buat aku cam2...sesuka ati je dia bila nk blk..skali dua bleh le excuse...pendekkan citer minggu lepas bila dia blk nak bermanja...aku say bye2 kat dia(aku syg gak kat dia sebenarnya TAPI....) aku tak bagi dia umah masuk lagi lepas 2..THE END

dah malas aku nk citer lagi...aku SEDIH

Wednesday, April 23, 2008

CERITA LAGI!!!

KISAH SEBATANG POKOK EPAL

Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.


Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih. "Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu. "Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab budak remaja itu. "Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih. Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan." Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.



Masa berlalu... Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira. "Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu. "Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" Tanya budak itu. "Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya." Pokok epal itu memberikan cadangan. Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.



Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa."Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu. "Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu. "Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira," cadang pokok epal itu.Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.



Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu. "Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati... " kata pokok epal itu dengan nada pilu. "Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku berupaya untuk belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat," jawab lelaki tua itu. "Jika begitu, berehatlah di perduku," cadang pokok epal itu. Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat. Mereka berdua menangis kegembiraan.


CERITA INI DIPAPARKAN UNTUK MENGAJAK KITA SEMUA (TERMASUK AKU JUGAK) BERFIKIR TENTANG PENGAJARAN YANG DAPAT DIAMBIL DI SEBALIK CERITA TERSEBUT. SEBENARNYA, POKOK EPAL YANG DIGAMBARKAN DI DALAM CERITA ITU DIANALOGIKAN SEBAGAI KEDUA-DUA IBU BAPA KITA. BILA KITA MASIH MUDA, KITA SUKA BERMAIN DENGAN MEREKA. KETIKA KITA MENINGKAT REMAJA, KITA PERLUKAN BANTUAN MEREKA UNTUK MENERUSKAN HIDUP. KITA TINGGALKAN MEREKA, DAN HANYA KEMBALI MEMINTA PERTOLONGAN APABILA KITA DI DALAM KESUSAHAN. NAMUN BEGITU, MEREKA TETAP MENOLONG KITA DAN MELAKUKAN APA SAHAJA ASALKAN KITA BAHAGIA DAN GEMBIRA DALAM HIDUP. ANDA MUNGKIN TERFIKIR BAHAWA BUDAK LELAKI ITU BERSIKAP KEJAM TERHADAP POKOK EPAL ITU, TETAPI FIKIRKANLAH, ITU HAKIKATNYA BAGAIMANA KEBANYAKAN ANAK-ANAK MASA KINI MELAYAN IBU BAPA MEREKA. HARGAILAH JASA IBU BAPA KEPADA KITA. JANGAN HANYA KITA MENGHARGAI MEREKA SEMASA MENYAMBUT HARI IBU DAN HARI BAPA SETIAP TAHUN (2 PUN KALO KORANG SAMBUT). SEMOGA MEMBERIKAN KEINSAFAN DAN KESEDARAN KEPADA PARA REMAJA.

Hehe..aku mmg suka crite2 ni

Friday, April 18, 2008

Analogi Rumput dan Kasih Sayang


Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.

Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar
: Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

Maka, bersyukurlah dengan kasih-sayang yang kau terima pada hari ini, kerana jika kau meninggalkannya, mungkin kasih sayang itu tidak akan kembali seperti sediakala. sedarlah wahai insan, kasih sayang ALLAH itulah yang paling hakiki, jika kau memalingkan dirimu dari kasihnya, maka kamulah serugi-rugi manusia.

* tp manusia ni mana le penah puas dgn apa yg dia ada , at last pe yg dikejar tak dpt ,yg kendong gak berciciran..huhu

Wednesday, April 16, 2008

eerrrmm..bes nye kalau dapat...

"swift kau begitu menarik bilalah kita dapat bersama alangkah besnya kalau aku dapat menyentuhmu selama ini aku hanya memerhatimu dari jauh"


"oh swift aku cinta aku rindu kalau cepat jodoh kita tahun depan mungkin kita dapat bersama seiring sejalan kita memecah bayu bersama-sama kita melihat matahari terbenam"


"buah hatiku ku harapkan kau sabar menanti saat itu seperti mana aku sabar menantimu selama ini
ku yakin saat itu pasti akan tiba oh swift keta idaman ku"

*mamat kat sebelah swift 2 dapat skali ke?? haha advantage 2...bagus gak



Monday, April 14, 2008

ANAK PADERI PELUK ISLAM

Assalam Mu'alaikum Wbrth!!!...Bacalah dan Renungkanlah....
Kisah Farhan (Kisah Perjalanannya Masuk Islam)
Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Saya dilahirkan di bumi Sabah dalam keluarga Kristian. Bapa saya seorang KETUA PADERI yang menjaga 15 buah gereja di satu kawasan di Sabah.
Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan penuh negeri! Kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program. Selalunya program khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai sekitar RM50,000!!!
Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong. Kami ziarah rumah ke rumah. Tanya masalah mereka dan bantu mereka. Berbagai masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami hantar keperluan harian, pakaian dan buku sekolah dan sebagainya.

Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali kunjungan susulan, kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling
berbaloi kami mengkristian remaja Islam, tambah berbaloi dari kalangan intelek. Hasilnya kami dapat RM3,000 setiap seorang Islam yang dimurtadkan!
Bayangkan pendapatan saya ketika masih dialam Persekolahan. Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil m/pelajaran Agama Islam yang boleh dipilih dengan lukisan(betapa hinanya m/pelajaran ini setanding dengan lukisan). Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 saya belajar di sekolah asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama Islam.

Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memudahkan saya
menyebarkan agama kristian
. Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak mampu dihuraikan oleh orang Islam.
Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah, saya bersemuka dengan Ustaz yang mengajar saya(saya panggil cikgu).
"cikgu saya ada beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai dikelas ini, boleh ke saya ke rumah cikgu..." Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan ke rumah ustaz itu.
Saya katakan "cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas
nama Islam,agama cikgu dan bukan atas nama Kristian,agama saya". saya kemukakan beberapa persoalan, antaranya;-
- Mengapa orang Islam sembah Kaabah
-Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama langit.
-Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.
-Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan.
-Injil sekarang dikatakan diseleweng. Kalau begitu mana yang asalnya.
Yang menghairankan ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan kawan - kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan -kawan mati akal.

Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab secara tepat.

- Apakah boleh manusia(paderi) mengampunkan dosa manusia lain. -
Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3 - konsep ketuhanan
Jesus.

Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi, kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz itu ke rumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi.
Ternyata bapa saya juga tidak mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu.
Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa 'orang
malaya' datang ke rumah.

Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Disamping mengulangkaji saya gemar berdialog dengan ustaz itu. saya memerhatikan kehidupan ustaz tu, saya mengagumi cara hidupnya.

Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah. Seorang
berjubah hitam membawa salib. Seorang berjubah putih membawa bendera bertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau yang meminta saya membuat pilihan.
Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti
mereka. Saya meronta-ronta. Disamping itu saya dapati yang berjubah hitam semakin tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi. Sedang saya meronta-ronta, saya terjaga.

Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya dan berkata, "mengapa Johanis....awak mengigau...."

Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan,"Cikgu Islamkan saya.........".Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan dengan pihak tertentu. Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkan oleh Ustaz itu.

Selesai pengIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah,
saya lihat pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya telah tahu!

Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru senapang meletup keatas.

Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkan
keluarga saya. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum saya dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis kontrak mengajar di Sabah.

Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur. Secara kebetulan rakan saya Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi
mengikuti kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di Sabah dulu..

6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah! Saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian saya bekerja dengan Jabatan Agama Islam. Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang.
Tak sampai setahun saya letak jawatan. Saya sedih kerana ramai pendakwah ini nak berdakwah pun merungut duit over time. Saya rasa tiada keiklasan. Biarlah saya jadi pendakwah bebas.
Saya ingin membilas dosa lalu. Saya telah ramai memurtadkan orang...kini saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin dengan Kualiti bukan Kuantiti saja!

Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajar
di PERKIM saya selalu telefon ayah, emak dan adik beradik saya. Saya katakan jangan bencikan saya. Saya sayang ayah. saya sayang emak. saya sayang adik beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak saya dunia dan akhirat.

Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku yang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun saya hantar surat dan buku-buku. saya menangis kerana rindukan ayah, emak dan adik beradik.
Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar saya mendapat berita........ Ayah saya menganut Agama Islam!

Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan menangis. Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi terlalu murah....saya terus menangis...saya pejamkan mata...saya bayangkan ayah dihadapan...saya peluk erat tubuh ayah dan kami menangis bersama........Ya Allah betapa agungnya kekuasaanMu....

Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh ayah saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja.

Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari ini berpecah. Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan Sunnah Rasul. Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian.

Kita ambil contoh pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita cari jalan nak menentang pelaksanaanya? Sepatutnya kita cari jalan supaya dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam.
Saya pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah universiti tentang isu Hudud & Qisas. Dia boleh sergah saya, "You apa tahu... Islampun baru setahun jagung....."

Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap pendakwah.......Saya tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu Apa itu Islam!!! Kerana itu saya ajak menghayati Islam.

Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya berdialog tentang Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini, untuk bergerak perlukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian. saya juga diancam oleh umat Islam!!!

Apa tauliah awak , mana kebenaran Jabatan Agama, mana permit polis, sapa benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan puak Kristian, kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam sendiri menyulitkan saya.

Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara ialah Di IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah, pura-pura belajar Islam....jatuh cinta...lalu dimurtadkan...purapura ....dimurtadkan.

Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di Universiti Putra Malaysia(UPM)!!! Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam!!!

Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum 'Holly Water'.

Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City. Dijampi oleh paderi termasuk Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu. KALAU TERMINUM, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 Qul 1x, dan Selawat. Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi.
InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. insyaAllah!!!



Thursday, April 10, 2008

PENULIS BLOG BAKAL GLAMOUR????

Penulis blog diberi peluang luah pendapat di RTM1




KUALA LUMPUR: *Penulis blog bakal diberi peluang meluahkan pendapat dan isi hati mereka secara langsung menerusi rancangan televisyen baru yang akan diterbitkan RTM1 mulai pertengahan bulan ini.

Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, berkata rancangan diterbitkan setiap Ahad bermula 20 April, akan menampilkan bual bicara selama 20 minit dengan penulis blog.

Beliau berkata, rancangan berbentuk perbincangan secara serius berkenaan diberi tajuk ‘Blog’ dan akan disiarkan dari jam 8.40 hingga 9 malam.

“RTM mempunyai panel yang akan mengenal pasti penulis blog yang serius dan kita akan menjemput mereka berbincang mengikut topik semasa,” katanya pada sidang akhbar di Angkasapuri, di sini, semalam.

Ahmad Shabery berkata, siaran langsung itu akan menjadi segmen tetap dan diteruskan mengikut kesesuaian serta selagi ia mendapat sambutan penonton.

Beliau berkata, program itu adalah sebagai pengiktirafan kepada sumbangan idea dan pendapat penulis blog mengenai isu semasa yang dapat membantu pembangunan negara.

“Ia juga membuktikan sikap keterbukaan kerajaan yang sedia untuk mendengar sebarang cadangan dan pendapat penulis blog untuk dikongsi bersama rakyat secara keseluruhannya,” katanya.

Beliau berkata, penulis blog yang dijemput belum dikenal pasti namun mungkin ada kejutan dari segi personaliti yang dijemput.

(artikel dipetik dr harian metro)

*Haha....ramai le blogger jd glamour lepas ni

AKU YG TAK BERGAJI


Ni gmbr masa keje kat tmpt lama....lama gak le aku keje kat sana
Antara sbb2 aku berenti:

-first sbb aku dpt keje len...hehe keje aku skang le
-2nd sbb aku bosan dgn keje 2

So dipendekkan cite aku resign...bersemangat aku anta notis 1 bln..tp dlm tempoh 2 aku dh stat cuti...aku kutip sume annual n replacement leave aku..include skali rest2 aku yg len(kalu korang penah keje retail mesti korang tau menatang pe diatas...aku kira2 aaahhh aku lega...cuti2 ku yg sedia ada mmg cukup 1 bln...so aku berenti dgn bangganya...haha aku stil leh dpt gaji...hatiku berbunga2 happy....haha
Bila tiba ujung bln aku gi mesin atm kat kl sentral(tmpt persinggahan tunggu bus)...aku msk kad atm..aku tekan tekan tekan..check baki..aku lihat baki anda rm12.67...arghh aku kecewa...pelik bin ajaib...nape x msk lg ni...aku kol ex exec aku(aku mmg bek dgn dia)

Perbualan aku dgn arash
tut..tut..tut
aku:helo rash gaji i x msk lg la
rash:oo ye ke? nnt i check kan...eerrrmm camne keje br ok?
aku:ok...u check kan ye
rash:ok...nnt i check dgn mama(panggilan manja utk clerk kat si2...ntah aku pun x pasti jawatan dia pe..aku rasa clerk)

Panjang sgt le pulak cite ni...aku pegi ke bab akhir je la(dah maleh nk tulis)...tp aku mmg x dpt gaji 2...birokrasi punya cite...bodo punya birokrasi...x psl2 aku jd pemurah buat keje tanpa gaji