Friday, October 23, 2009

soalnya...

terlalu banyak persoalan yang belum terjawab..
persoalan yang memerlukan jawapan..
telah merata aku mencari..
namun masih tidak kutemu..
sudah puas aku bertanya..
namun masih tiada jawapan yang pasti..
sukarkah persoalan aku?
atau salahkah aku mempersoalkannya?
akan aku terus mencari..
mencari kepastian yang hakiki..
agar dapat merungkai segala kekalutan diri

Monday, October 19, 2009

bantu aku Tuhan..

apabila kau menyuarakan impian mu..
termangu aku seketika..
terlalu tinggi harapan mu itu.. fikirku..
dapatkah aku penuhi..
setiap satu hasratmu itu..
gusar.. berkecamuk rasanya hati ini..
telah aku berkira-kira..
memang.. jika diizinkan mahu kutunaikan semuanya..
tapi bukan aku yang tentukan masa depan..
berbaliklah pada yang KUASA..
hanya DIA yang tahu..
apa yang ada dihadapan.