Monday, October 27, 2008

shopping babeh!

Hari sabtu lepas aku pergi ke metrojaya warehouse sale kat stadium melawati shah alam. kalau diikutkan aku mmg tak familiar sgt dgn area shah alam ni tapi disebabkan perasaan meluap-luap nak merasa kemeriahan sale, aku redah je pegi sorang2. sampai je sana, aku lupa diri, lupa hal2 lain, tumpuan aku sepenuhnya hanya pada sale. memang rambang mata bila tgk barang branded dgn harga yang murah.










*murah tau, bukannya selalu




















*peta nak gi sana














Selesai pilih barang aku ke kaunter bayaran, aku beli perfume(tulis kat box 2 deodorant, tapi aku panggil perfume sbb dia jenis spray, kalau deodorant aku biasa pakai jenis roll on je), window shopping je lebih.tetiba aku terfikir, camne nak blk ni.aku tau pegi je, sbb kat situ public transport mmg tak lalu.Masa nak pegi pun, kawan aku yg bagitau camne nak gi sana.nak call kawan aku nak suruh ambil, takut dia busy dgn awek dia.Manalah tau raya2 ni mesti byk open house nak kena gi.Dalam gelisah memikirkan camne nak balik, tetiba aku dapat call,'weh mana ko?' kedengaran suara dari corong handphone. 'Aku dalam stadium lagi', jawab aku. 'Lamanya shopping, aku dah kat luar ni', kata-kata dia buat aku happy.Yeah! yeah! aku boleh balik, thanks fren! jerit aku dalam hati.

Monday, October 20, 2008

jom kita nyanyi ramai-ramai!

tetiba je aku teringat kat scene dalam filem hellboy2

scene hellboy dan abraham 'duet' (diorang yang buat lagu barry manilow jadi 'famous' semula)

lagu lama ni tau, ENJOY!

Thursday, October 16, 2008

Beraya di Sushi King

Semalam aku ke Mid Valley

Pergi makan di open house Sushi King

Punyalah panjang Q

1 jam jugalah aku kena beratur

Tapi takpe tunggu lama pun berbaloi sebab murah

Syaratnya kena makan dalam tempoh yang ditetapkan (90 minit lama tu!)


Bila tiba giliran apa lagi aku selagi boleh (setiap ruang dalam perut aku manfaatkan sepenuhnya)

Naik kembung perut aku dengan sushi

Dengan perut yang kekenyangan aku tengok pinggan didepanku

Tinggi bak replika Menara KLCC

Tak sangka aku boleh makan sebanyak tu...HEBAT!

P/S : Hari last day (16/10) kalau korang teringin nak menelan sushi dalam kuantiti dalam yang banyak, sila-silakanlah ke Sushi King Mid Valley.(Sushi King patut bayar aku ni)

Wednesday, October 15, 2008

Sejarah Tercipta

Dah lama aku tak update blog aku

Dari sebelum raya lagi

Sekarang ni baru aku dapat curi-curi masa tulis blog

Almaklum le cuti raya lama

Rabu minggu lepas baru aku start kerja

Masuk-masuk office je kerja berlambak-lambak menunggu aku

Macam-macam sejarah sudah tercatit selama aku tak meng'update' blog ni

1.Pak Lah umum tak akan bertanding(orang paling singkat jadi PM Malaysia setakat ini).
Don't worry I Still Luv U Pak Lah.

2.SRK dapat Dato' (Response from Shah Rukh Khan: Where is Malacca and how did I become a grandfather (DATUK)??- sumber dari blog.thestar.com.my). Mula-mula aku dapat berita ni aku ingat diorang buat lawak senyum kambing je. Fakta!! ceh aku tertipu rupanya.

Teringat masa aku kecik-kecik dulu suka sangat tengok 'Hari Ini Dalam Sejarah' kat tv.

FAKTA TAU!!