Saturday, May 16, 2020

5 platform pelaburan yang boleh dilakukan secara online di Malaysia..

1. Wahed Invest




- Pendaftaran mudah.. hanya dibuat melalui app (robo-advisors)

- Halal, patuh shariah serta dapat kelulusan dari Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC)

- Pelaburan bermula dengan jumlah yang rendah iaitu RM100

- Sesuai untuk pelaburan jangka panjang

- Ada 7 jenis portfolio yang boleh dipilih;


  •    Emas
  •    Sangat Konservatif 
  •    Sederhana Konservatif
  •    Sederhana
  •    Sederhana Agresif 
  •    Agresif
  •    Sangat Agresif

2. Best Invest




- Ianya sama seperti Wahed.. robo-advisors (pendaftaran hanya melalui app)

- Merupakan aplikasi Pelaburan BIMB Investment Management Berhad (BIMB Investment) anak syarikat milik penuh Bank Islam Malaysia Berhad

- Pelaburan bermula dengan jumlah yang sangat rendah iaitu RM10

- Sesuai untuk pelaburan jangka panjang

- Ada 5 dana yang disediakan;

  •    Ekuiti Shariah-ESG global
  •    Ekuiti Shariah-Asia Pasifik 
  •    Ekuiti Shariah-Malaysia
  •    Sukuk ESG global
  •    Pasaran Wang


3. myASNB



- Aplikasi yang dibangunkan ASNB untuk memudahkan pelabur ASNB menguruskan pelaburan secara dalam talian (web based dan app)

- Sebelum mendaftar di myASNB diwajibkan untuk mengemaskini nombor telefon bimbit anda di cawangan ASNB atau ejen ASNB yang dilantik iaitu iaitu Maybank, CIMB Bank, RHB Bank, Affin Bank, Bank Simpanan Nasional (BSN), Alliance Bank, Ambank, Bank Muamalat dan POS Malaysia


4. LUNO 




Luno Malaysia merupakan satu daripada syarikat tukaran aset digital (DAX) pertama di Malaysia, yang mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti (SC)

boleh menjual dan menyimpan mata wang kripto seperti Bitcoin, Ethereum dan Ripple



5. M+ Online



Broker saham berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.. platform yang disediakan oleh M+ secara web based dan juga app (** Selesai isi form online, nanti mereka akan contact untuk set appointment.. untuk beberapa lagi dokumentasi.. untuk buka CDS akaun)

Brokerage fee murah

- Mudah untuk transfer duit masuk dan keluar melalui trading akaun



**Harapnya bermanfaat.. diri sendiri pun masih belajar.. banyak lagi perkara yang kena belajar pasal pelaburan.. 

No comments: